This is my first attempt guna handphone untuk publish blog. Encik Zul di sebelah kanan saya yang telah mengajar saya buat ni. Terima kasih Encik Zulfadli. Amim di sebelah kiri dan tak nampak dalam gambar sibuk mengajar seorang student perempuan di sebelah kirinya. Sifu tidak datang ke ofis pada hari ini. Bila aku jengah ke ofis nampak Razzi kat biliknya. |
Kesihatan, Keselamatan dan Gaya Hidup
Tuesday, 28 May 2013
At Ruang with Zul, Amim & all.
Tuesday, 21 May 2013
Diet Yang Bermanfaat
Diet yang bermanfaat diperlukan supaya badan anda dapat berfungsi yang terbaik. Untuk mendapatkan tubuh yang sihat sambil memberi rasa kenyang anda perlu mengambil diet yang bermanfaat.
Diet yang bermanfaat boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti:
1) Diet Seimbang
Diet yang paling sesuai untuk badan anda ialah diet atau makanan seimbang. Untuk panduan, anda boleh rujuk kepada piramid makanan. Tingkatkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanlah pelbagai jenis protin seperti kekacang dan daging.
Elakkan lemak trans dan lemak tepu yang berada di dalam makanan berproses. Ini bukan diet yang drastik tetapi adalah cadangan yang sihat tentang bagaimana untuk mendapat makanan yang seimbang. Ia boleh disesuaikan untuk memenuhi citarasa anda.
2) Diet Berserat Tinggi
Serat adalah kumpulan makanan yang penting yang sangat diperlukan dalam makanan yang anda. Makanan berserat tinggi membantu badan mengeluarkan toksin dari badan anda. Diet berserat tinggi mestilah diambil dari bahan-bahan semula jadi dan bukannya makanan yang diproses.
Ini termasuklah bijirin, sayur-sayuran dan buah-buahan seperti artichoke, buah-buahan sitrus, buah beri, bran gandum, barli, oat dan lain-lain. Gantikan tepung putih dengan tepung gandum penuh.
3) Diet Untuk Menjaga Berat Badan
Bagi anda yang ingin mengurangkan berat badan, anda perlu pelan makanan dan senaman. Anda juga perlu pastikan pengambilan makanan harian anda tidak melebihi bahagian kalori yang digunakan.
Lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan, ambil protin dan kurangkan pengambilan lemak terutama lemak trans dan makanan berproses. Anda boleh berbincang tentang pelan diet, bertukar-tukar resipi dan dapatkan nasihat mengenai pilihan makanan anda.
4) Diet Vegetarian
Mengambil diet vegetarian mungkin menjadi gaya hidup atau untuk jangka masa pendek. Kebanyakan orang yang mengamalkan diet vegetarian tidak makan daging, ayam dan ikan. Tenusu dan telur dibenarkan, bersama-sama dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. Produk tenusu dan telur tinggi dalam lemak dan kolesterol oleh itu kurangkan lemak dengan tidak makan kuning telur dan pilih makanan tenusu rendah lemak bebas seperti susu skim.
Walau apa pun diet pilihan anda, biarlah ianya diet yang bermanfaat.

Labels:
Diet
Wednesday, 1 May 2013
Selamat Hari Pekerja 1 Mei 2013
Seamat hari pekerja, atau dahulunya di sebut hari buruh kepada semua pekerja di Malaysia. Hari ini 1 Mei, kita semua menyambut hari pekerja.
![]() |
| Gambar dari google |
Selain bekerja, sebagai pekerja, kita juga perlu ingat untuk tidur yang cukup, makanan yang seimbang dan bersenam atau exercise. Semoga anda akan lebih produktif dan gembira di masa depan. ;)
Labels:
hari buruh,
Hari pekerja
Wednesday, 3 April 2013
Parlimen dibubarkan hari ini 3 April 2013
Parlimen sudah dibubarkan, pagi tadi saya tengok tv1, tv2 dan tv3 semua ada siaran langsung yang sama. Masa makan tengahari dalam pukul 11.30pagi saya antara dengar dan tak dengar, maklumlah kat kafe ni bising sikit. Saya makan bersama Salim, Shahrul, Rahmat dan Marhana kat 1 meja.
Parlimen kini tidak berfungsi. Wakil rakyat tidak mempunyai jawatan. Perdana Menteri dan menteri mempunyai kuasa terhad. Tidak ada kontrak boleh di ambil untuk negara. Pilihan raya perlu diadakan dalamasa 60 hari selepas dibubarkan. Dalam tempoh 60 hari selepas tarikh mengundi, parlimen perlu dibentuk dan berfungsi semula.
Tempoh ini amat kritikal. Kini kita berada dalam tempoh transisi. Tunggu pula bilakah tarikh menngundi nanti....?
Kuasa di tangan anda untuk menentukan siapakah bakal menjadi pemimpin nanti.
Selamat Mengundi!
![]() |
| Dari: http://www.1malaysia.com.my/blog/ge13-a-brighter-future-for-malaysia/ |
Tempoh ini amat kritikal. Kini kita berada dalam tempoh transisi. Tunggu pula bilakah tarikh menngundi nanti....?
Kuasa di tangan anda untuk menentukan siapakah bakal menjadi pemimpin nanti.
Selamat Mengundi!
Tuesday, 2 April 2013
10 Kebaikan Madu Untuk Kesihatan
Madu ada banyak kebaikan selain rasanya yang sedap dan manis madu juga merupakan ubat sebagai penyembuh. Gula sangat tidak bernilai berbanding madu.
Madu tempatan lebih baik kerana ia dihasilkan oleh lebah tempatan, ia mengandungi ciri-ciri yang merangsang sistem ketahanan badan (immune system) yang sesuai dengan persekitaran tempatan. Selain daripada itu madu asli adalah segar, madu asli juga lebih mempunyai rasa yang lebih sedap dan lebih berkhasiat. Selain itu, apabila anda membeli madu dari petani tempatan, anda akan membantu ekonomi tempatan juga.
10 Kebaikan Madu Ialah:
Sokong petani tempatan untuk menambah pendapatan & ekonomi negara sendiri dengan membeli keluaran tempatan yang segar dan organik bila anda ingin mengambil madu.

- Meningkatkan tenaga
- Bagus untuk menghilangkan morning sickness atau rasa loya.
- Baik untuk sakit tekak, laryngitis dan pharyngitis.
- Madu yang dicampur serbuk kayu manis boleh membantu dalam pelbagai aspek antaranya termasuk membantu daripada jangkitan pundi kencing, artritis, sakit perut dan nafas berbau. Ia juga dapat melngurangkan keguguran rambut.
- Madu mentah boleh mengubati isu-isu yang berkaitan dengan mati pucuk lelaki dan kemandulan wanita. Manakala susu kambing mentah yang panas dicampur madu mentah dipercayai dapat meningkatkan jumlah penghasilan sperma.
- Salve (memalit) diperbuat daripada madu untuk diabetes dan ulser, terbukti berkesan apabila antibiotik tipikal yang lain tidak memberi kesan yang baik. Ia boleh digunakan untuk ekzema (eczema), kebusukan kudis (canker sores) atau gusi berdarah.
- Madu dicampur cuka epal (apple cider), meredakan penyakit seperti sakit perut, sembelit dan juga migrain.
- Madu dan lemon boleh menghancurkan lemak. Oleh itu, jadikanlah ia sebagai sumber tenaga yang berguna untuk fungsi badan.
- Madu adalah bebas kolesterol dan dilaporkan boleh membantu mengawal tahap kolesterol di dalam badan.
- Madu mentah mempunyai tekstur yang likat disebabkan kandungan air yang rendah, ia tidak sesuai utk bakteria membiak & merupakan pengawet semula jadi yang baik.
Sokong petani tempatan untuk menambah pendapatan & ekonomi negara sendiri dengan membeli keluaran tempatan yang segar dan organik bila anda ingin mengambil madu.
Labels:
Kebaikan,
Kesihatan,
Madu,
tip kesihatan
Monday, 18 March 2013
4 Program Online Belajar Dari Rumah Terhangat di Pasaran
Belajar dari rumah kini menjadi pilihan sebahagian besar dari anda yang mempunyai komitmen keluarga seperti menjaga anak-anak dan menguruskan rumah-tangga atau sedang bekerja dan tidak mempunyai cukup masa untuk belajar di kolej atau universiti. Jalan penyelesaiannya ialah belajar dari rumah.
4 Program belajar dari rumah secara online (atas talian) yang paling hangat kini ialah:
1. Perniagaan (Bisnes)
Kursus perniagaan boleh meningkatkan lagi karier bagi anda yang telah bekerja atau pada anda yang ingin membuat perniagaan sendiri.
2. Teknologi Maklumat Komputer
Bagi anda yang bekerja kemahiran komputer amat perlu. Kursus komputer biasanya tidak ditawarkan di sekolah-sekolah biasa jadi kursus ini sememangnya sangat diperlukan.
3. Pengadilan Jenayah
Kursus undang-undang yang sangat diperlukan oleh anda yang ingin bekerja di bidang penguatkuasaan undang-undang, bomba, corrections dan emergecy management. Biasanya pihak polis dan bomba mengadakan inhouse training dalam bidang ini.
4. Kejururawatan
Kursus ini biasanya diikuti oleh jururawat yang ingin memajukan lagi karier mereka di bidang kejururawatan. Hands on boleh mereka lakukan semasa bertugas dan pembelajaran dilakukan di atas talian (online).
Apa bidang yang anda minat? Carilah kursus atas talian yang anda minati untuk belajar dari rumah.

atas talian,
kursus,
online
Sunday, 17 March 2013
Cara Mengurangkan Berat Badan Yang Menarik
Mengurangkan berat badan ada berbagai cara. Seorang pemandu trak yang mempunyai berat badan kira-kira 400 paun akibat dari makan makanan segera yang berminyak ketika bekerja memandu trak telah berjaya mengurangkan berat badannya.
Mengurangkan berat badan telah menjadi pilihan beliau apabila John Drury atau dikenali sebagai Big John mula mengalami kemerosotan kesihatan kerana berat badan yang berlebihan.
Big John menemui tarian latin yang dikenali sebagai Zumba. Dengan mengamalkan tarian ini dan membawa bekalan makanan yang sihat ketika bekerja memandu trak menyebabkan beliau berjaya menurunkan berat badan dari 400 paun kepada 290 paun sahaja.
Ikuti video beliau di bawah dan layarilah koleksi video beliau di youtube untuk mendapatkan panduan lebih lanjut.
Anda juga boleh mengamalkan pemakanan sihat dan tarian untuk mengurangkana berat badan.

menari,
Mengurangkan berat badan,
tip kesihatan
Subscribe to:
Posts (Atom)