Sunday, 23 April 2017

Apakah Takbur

TAZKIRAH PENGHULU HARI

TAJUK: TAKBUR

            Salah satu penyakit hati ialah sifat takbur yang dikenali melalui perwatakan yang suka menunjuk-nunjuk serta ego. Bagaimanakah kita hendak mengenali sifat-sifat ini?. Di sini saya sertakan tips mengenal-pasti sifat ini bagi membantu diri kita untuk mengubatinya, insyaallah.

*Takbur ialah*
*Bangga dirinya melebihi orang lain, suka memuji diri, bangga dengan kemuliaan diri, harta, ilmu dan keturunannya.
* Suka menonjol diri kepada orang lain.
* Memandang rendah orang lain.
* Minta dirinya dipuji di majlis keramaian.
* Bermulut keji, suka mencela atau mengkritik orang lain secara berlebihan dan melampau.
* Berlagak angkuh ketika berjalan.
* Memaling muka ketika bertemu dengan seseorang.
* Berlagak dalam berbicara.
* Membantah teguran orang lain.
* Tidak mengendahkan nasihat dan teguran orang lain.
* Berlagak pandai walaupun tidak tahu.
* Berpakaian terlalu menonjol dan berlebih-lebihan.
* Suka menindas orang Islam yang lemah dan miskin.
* Berlagak dirinya sahaja betul dan tidak pernah salah.
* Suka membazir harta benda sama ada milik sendiri atau orang lain.

             Antara punca utama segala sifat tersebut berlaku ialah apabila hati kita sudah hilang sifat kehambaan kepada Allah SWT. Sudah tidak merasai kewujudan Allah SWT, yang bahawasanya dari Allahlah segala yang kita miliki dan punyai selama ini. Segala-galanya hanya dipinjamkan Allah kepada kita sebagai modal untuk beramal. Berusaha mentaati dan berbakti mengikut ketentuaanNya.

                    Firman Allah SWT: Maksudnya, “Dan tidaklah mereka diperintahkan melainkan supaya beribadah kepada Allah dengan mengikhlaskan amal (ketaatan) kepada-Nya dalam menjalani agama yang lurus, mendirikan shalat, menunaikan zakat. Itulah agama yang lurus.” (QS. Al-Bayyinah : 5)

                Sifat ikhlas ialah lawan kepada sifat takbur seperti merendah diri, kasih sayang dan bersopan santun sesama manusia dan tolong menolong sesama insan, lebih-lebih lagi yang beragama Islam. Dari situlah akan lahirnya sifat ikhlas yang sebenarnya.

( Copy Paste dari: mohamadzakihalim.com)

Tinggakan Dunia Sebelum Waktu

"Orang mukmin yang hebat ialah, dia meninggalkan dunia sebelum dia meninggal dunia. Dia bersedekah sampai kaya, bukan dah kaya baru bersedekah. Dia berdakwah sampai jadi alim, bukan dah alim baru berdakwah. Dia datang masjid sampai ke tua, bukan dah tua baru nak ke masjid. Dia beramal sampai ikhlas, bukan dah ikhlas baru nak beramal".

Sekadar renungan......

Killer Speech by Robert Mugabe

*Killer speech by Zimbabwe President Robert Mugabe:*

_"Racism will never end as long as white cars are still using black tyres. Racism will never end if people still use black to symbolise bad luck and white for peace. Racism will never end if people still wear white clothes to weddings and black clothes to funerals. Racism will never end as long as those who don't pay their bills are blacklisted not white listed. Even when playing snooker, you haven't won until you've sunk the black ball, and the white ball must remain on the table! But I don't care, as long as I'm still using white toilet paper to wipe my black ass, I'm happy."_

Selamatkan Hati dari Buruk Sangka

(mana nak dapat sekarang)
Suatu hari, Saidina Umar bin Ubaidulllah melalui sebuah kebun. Tiba-tiba, beliau terlihat seorang lelaki berkulit hitam sedang makan.

Ada seekor anjing duduk dihadapan lelaki itu. Setiap kali dia menyuap sepotong makanan ke mulutnya, dia melemparkan sepotong makanan kepada anjing tersebut.

Umar berasa sangat takjub. Beliau bertanya kepadanya,

"Adakah anjing ini kepunyaan kamu?"

Jawab lelaki itu,

"Bukan."

Ditanya kembali oleh Umar,

"Jadi, mengapa engkau memberinya makanan?"

Dia menjawab,

"Aku malu jika seekor makhluk Allah memandangku apabila aku sedang makan, namun aku tidak memberinya makanan."

Umar bertanya lagi,

"Kamu hamba atau merdeka?"

Lelaki itu menjawab,

"Hamba milik seorang Bani Asim."

Umar pergi menemui pemilik hamba tersebut. Beliau membeli hamba itu beserta kebun tempatnya bekerja. Beliau kembali menemui lelaki tersebut dan berkata,

"Allah telah memerdekakan dirimu. Dan memberikan kebun ini untukmu."

Lelaki itu berkata,

"Segala puji bagi Allah. Saya bersaksi bahawa kebun ini saya wakafkan kepada orang fakir yang ada di negeri ini."

Umar sangat terkejut. Beliau tidak menyangka tindakan lelaki itu menyedekahkan kebun tersebut.

Beliau bertanya,

"Mengapa engkau mewakafkan kebun ini? Bukankah engkau juga miskin dan memerlukan harta?"

Dia berkata,

"Aku malu kepada Allah yang telah bermurah hati kepadaku, kemudian aku kedekut pula kepada NYA "

"Selama hidup di dunia ini, yang terbaik itu adalah menyelamatkan hati dari berburuk sangka terhadap makhluk yang lain."

Al-Imam Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

#KalamUlama

Tip Lepaskan Diri dari Seksa Kubur

Anonymous™:
TAJ TSHA:
🙋‍♂✍ⓂR TIPS LEPASKAN DIRI DARI SEKSA KUBUR
Ustaz Ahmad Dusuki @Radio IKIM

■💕Jangan sekali-kali tinggalkan alQuran. Ini cara mudah lepaskan diri dari seksaan kubur.

■💕Rumah yg dibacakan alQuran, pada waktu malam rumahnya bercahaya, sehingga dikenali malaikat.

■💕Jika mati orang yg suka baca Quran ini, cahaya di rumahnya akan diangkat ke langit & malaikat-malaikat akan tau, "ooo..mati sudah si pembaca Quran ini, mari kita solatkan rohnya".

■💕Di dalam kubur, malaikat akan berlemah lembut dgn mayat.

■💕AlQuran akan duduk di dada kita selepas kita selesai dimandi & dikafankan & terus menemani kita di dalam kubur.

■💕Azab kubur bermula sebaik mayat tidak dapat menjawab soalan malaikat.

■💕Sesi soal jawab berlangsung selama 3 hari. Ada riwayat lain kata 7 hari.

■💕Penting 7 hari ini kita mendapat doa dari anak yang soleh supaya hari-hari kita indah di dalam kubur.

■💕Masa mayat duduk kita akan sedar, "ohh...aku dah meninggal dah".

■💕 Sebelum mati, tolong pastikan sekurang-kurangnya ada alMulk dalam dada kita.

■💕Dalam kubur alQuran akan berkata kepada mayat, aku ini alQuran yg dulu kamu baca dgn suara yang lantang & mendayu.

■💕Aku akan menemani kamu sehinggalah kamu masuk ke syurga.

■💕Lepas tu baru alQuran akan lepaskan mayat kpd dua malaikat yg akan menyoal.

■💕Jgn lupa salawat, cintailah Nabi sepenuh jiwa

🔴Jangan lupa share Ⓜsr✍

Thursday, 20 April 2017

40 Pelajaran oleh Nabi Muhammad SAW

40 Pelajaran oleh Nabi Muhammad SAW
🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌
01. Menahan diri daripada tidur diantara waktu fajar dan ishraq, asar dan maghrib, maghrib dan isya.
---------------------------
02. Menghindarkan diri mendekati orang yang mempunyai bau yang kurang menyenangkan.
---------------------------
03. Jangan tidur diantara manusia yang berkata buruk sebelum tidur.
---------------------------
04. Jangan makan atau minum menggunakan tangan kiri.
---------------------------
05. Jangan memakan kembali makanan yang telah dikeluarkan dari celah gigi anda.
---------------------------
06. Jangan mematah-matahkan jari anda.
---------------------------
07. Periksa kasut anda sebelum memakainya.
---------------------------
08. Jangan mendongak ketika sedang solat.
---------------------------
09. Jangan meludah didalam tandas.
---------------------------
10. Jangan membersihkan gigi anda dengan arang.
---------------------------
11. Duduk ketika sedang memakai seluar/kain
---------------------------
12. Jangan memecahkan benda yang keras/sukar menggunakan gigi anda.
---------------------------
13. Jangan meniup makanan yang sedang panas, sebaliknya anda boleh mengipasnya.
---------------------------
14. Jangan mencari kesalahan orang lain.
---------------------------
15. Jangan bercakap diantara waktu azan dan iqamat.
---------------------------
16. Jangan bercakap didalam tandas.
---------------------------
17. Jangan berkata dongeng(palsu) tentang rakan anda.
---------------------------
18. Jangan mengganggu ketenteraman rakan anda.
---------------------------
19. Jangan memandang belakang secara kerap apabila sedang berjalan.
---------------------------
20. Jangan menghentakkan kaki ketika sedang berjalan.
---------------------------
21. Jangan mencurigai tentang rakan anda.
---------------------------
22. Jangan menipu sepanjang masa.
---------------------------
23. Jangan menghidu makanan ketika anda sedang makan.
---------------------------
24. Berkata dengan jelas, agar orang lain boleh faham apa yang anda katakan.
---------------------------
25. Hindarkan berjalan sendirian.
---------------------------
26. Jangan membuat keputusan sendiri, tapi rujuk pada yang arif.
---------------------------
27. Jangan bangga(riak) akan diri sendiri.
---------------------------
28. Jangan mencela makanan anda.
---------------------------
29. Jangan bermegah(sombong).
---------------------------
30. Jangan menghalau pengemis.
---------------------------
31. Layan tetamu anda dengan ikhlas dan baik.
---------------------------
32. Sabar ketika dalam kesusahan.
---------------------------
33. Membantu dengan tujuan yang baik.
---------------------------
34. Muhasabah diri dan bertaubat.
---------------------------
35. Berbuat baik pada mereka yang berbuat jahat padamu.
---------------------------
36. Berpuas hati dengan apa yang anda ada saat ini.
---------------------------
37. Jangan tidur berlebihan-ini akan menyebabkan penyakit lupa.
---------------------------
38. Bertaubat sekurang-kurangnya 100 kali sehari (istighfar).
---------------------------
39. Jangan makan dalam gelap.
---------------------------
40. Jangan makan dengan mulut yang penuh.
---------------------------
Hantarkan pada yang lain, untuk mengingati mereka. Semoga Allah merahmati kamu ! Amin :)
--------------------------
Tgms

Monday, 17 April 2017

Tuisyen Percuma

# Kerajaan Selangor telah melancarkan tuisyen online percuma untuk pelajar2 Tingkatan 5. Anda perlu log masuk ke laman web berkenaan untuk dapat tuisyen percuma. Sila sebarkan.
www.smartselangorfreetuition.com

Jom Baca Al-Mathurat

*Jom Baca Al-Mathurat

Ayuh sahabat semua, luangkan waktu kita sebentar bersama Al-ma'thurat. Semoga beroleh ganjaran dan keredhaan di sisi Allah swt.

اَعُوذُ باِلله السَّمِيْعِ الْعَلِيْمِ مِنْ الشَيْطَانِ الرَّجِيْمِ بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

🌷1) سورة الفاتحة 

🌷2) سورة البقرة 1-5

🌷3) اللّهُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلا نَوْمٌ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاء وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَؤُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ 

🌷4) لاَ إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىَ لاَ انفِصَامَ لَهَا وَاللّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

🌷5) اللّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُواْ يُخْرِجُهُم مِّنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّوُرِ وَالَّذِينَ كَفَرُواْ أَوْلِيَآؤُهُمُ الطَّاغُوتُ يُخْرِجُونَهُم مِّنَ النُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ أُوْلَـئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

🌷6) لِّلَّه ما فِي السَّمَاواتِ وَمَا فِي الأَرْضِ وَإِن تُبْدُواْ مَا فِي أَنفُسِكُمْ أَوْ تُخْفُوهُ يُحَاسِبْكُم بِهِ اللّهُ فَيَغْفِرُ لِمَن يَشَاء وَيُعَذِّبُ مَن يَشَاء وَاللّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Dibaca 1x : Al Baqarah 284

🌷7) آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللّهِ وَمَلآئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لاَ نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ وَقَالُواْ سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ
Dibaca 1x : Al Baqarah 285

🌷8) لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلانَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
Dibaca 1x : Al Baqarah 286

🌷9) بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ اللَّهُ الصَّمَدُ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ
Dibaca 3x

🌷10) بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ مِن شَرِّ مَا خَلَقَ وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ وَمِن شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ
Dibaca 3x

🌷11) بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ مَلِكِ النَّاسِ إِلَهِ النَّاسِ مِن شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ مِنَ الْجِنَّةِ وَ النَّاسِ
Dibaca 3x

🌷12) اَصْبَحْنَا وَاَصْبَحَ /اَمْسَيْنَا وَاَمْسَى المُلْكُ لله وَالْحَمْدُ لله لاَ شَرِيْكَ لَهُ لاَ اِلَهَ الا هُوَ وَاِلَيْهِ النُّشُوْر /واليه المصير
Dibaca 3x

🌷13) اَصْبَحْنَا / اَمْسَيْنَا عَلَى فِطْرَةِ الاسْلامِ، وَكَلِمَةِ الاخْلاصِ وَعَلىَ دِينِ نَبِيَّنَا مُحَمَّدٍ صلى الله عَلَيْهِ وَسّلَم وَعَلى مِلَّةِ اَبِيْنَا اِبْرَاهِيْمَ حَنِيْفَا وَمَا كَـانَ مِنَ المُشْرِكِيْنَ
Dibaca 3x

🌷14) اَللَّهُمَّ اِنِّى اَصْبَحْتُ / أمسيتُ مِنْكَ فِى نِعْمَةٍ وَعَا فِيَةٍ وَسِتْرِ فَأَتِمَّ عَلَى نِعْمَتَكَ وَعَافِيَتَكَ وَسِتْرْكَ فِى الدُّنْيَا وَالاخِرَةِ
Dibaca 3x

🌷15) يَا رَبِى لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِى لِجَلالَ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ
Dibaca 3x

🌷16) رَضِيْتُ بِا للهِ رَبَّا، وَبِالاِِسْلامَ دِيْنًا، وَبِمُحَمَّدٍ نَبِيًّا وَرَسُولا
Dibaca 3x

🌷17) سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ، عَدَدَ خَلْقِهِ وَرِضَا نَفْسَهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ، وَمِدَاد َكَلِمَاتِهِ
Dibaca 3x

🌷18) اَللّهُمَّ إَنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ اَنْ نُشْرِكَ شَيْءًا نَعْلَمُهُ وَنَسْتَغْفِرُكَ لِمَا لاَ نَعْلَمُهُ
Dibaca 3x

🌷19) بِسْم اللهِ الَّذِى لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَى ءٌ فِى الارْضِ وَلا فِى السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيْمُ
Dibaca 3x

🌷20) اَعُوذُ بِكَلِمَاتِ الله التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
Dibaca 3x

🌷21) اَللَّهُمَّ اِنِّى اَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَاَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ
Dibaca 3x

🌷22) اَللُّهُمَّ عَافِنِى فِى بَدَنِى اَللُّهُمَّ عَافِنِى فِى سَمْعِى اَللُّهُمَّ عَافِنِى فِى بَصَرِى
Dibaca 3x

🌷23) اَللَّهُمَّ اِنِّى اَعُوذُ بِكَ مِنَ الْكُفْرِ والْفَقْرِ اَللَّهُمَّ اِنِّى اَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ لاَ اِلَهَ اِلاَ اَنْتَ
Dibaca 3x

🌷24) اَسْتَغْفِرُ الله الَّذَى لاَ اِلَهَ اِلاَ هُوَ الْحَىُّ الْقَيُّومَ وَاَتُوبُ اِلَيْهِ
Dibaca 3x

🌷25) سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، اَشْهَدُ اَنْ لا اِلَهَ الا اَنْتَ اَسْتَغْفِرُكَ وَاَتُوبُ اِلَيْكَ
Dibaca 3x

🌷26) اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَامُحَمد عَبْدِكَ وَنَّبِيِّكَ وَرَسُوْلِكَ النَّبِي الامِّي وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَّلِمْ تَسْلمًا عَدَدَ مَا أَحَاطَ بِهِ عِلْمُكَ وَخَطَّ بِهِ قَلَمُكَ وَأَحَصَاهُ كِتَابُكَ وَاَرْضَ اَللَّهُمَّ عَنْ سَادَاتِنَا اَبِي بَكْر وَعُمَرَ وَعُثمَانَ وَعَلِيِّ وَعَنِ الصَّحَابَةِ أَجْمَعِيْنَ وَعَنِ التَّابِعِيْنَ وَتَابِعِيْهِمْ بِإِحْسَانَ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ وَسَّلامُ عَلَى المُرْسَلِيْنَ وَالْحَمْدُ لله رَبِ الْعَالَمِيْنَ          

☘Doa penutup☘ 

🌷27) اللَّهُّمَ إنَّا نَسئْاَلُكَ لِسَانًا رَطبًا بِذِكرِكَ وَقَلْبًا مفْعُما بِشُكْرِكَ وبدا حينا لينا بطاعتك اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْالُكَ إِيمَانًا كَامَلا وَنَسْاَلُكَ قَلْبً خَاشِعًا وَنَسْاَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا, وَنَسْاَلُكَ يَقِيْنًا صَادِقًا وَنَسْاَلُكَ دَيْنًا قَيِّمًا, وَنَسْاَلُكَ الْعَافِيَةَ مِنْ كُلِّ بَلِيَّةٍ وَنَسْاَلُكَ تَمَامَ الْغَنِى عَنِ النَّاس وَهَبْ لَنَا حَقِيْقَةَ الايْمَانِ بِكَ حَتَّى لا نَخَاف وَلا نَرْجُوَ غَيْرَكَ وَلا نَعْبُدُ شَيْـئا سِوَاك وَاجْعَلْ يَدَكَ مَبْسُوْطَةً عَلَيْنَا عَلَى اَهْلِيْنَا وَاَوْلادِنَا وَمنْ مَعَنَا بِرَحْمَتِكَ وَلا تَكٌِلْنَا اِلَى أَنْفُسِنَا طَرْقَةَ عَيْنِ وَلا اَقَلّ مِنْ ذَلِكَ يَانِعْمَ الْمُجِيْبُ وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِ النَّبِيِّ الْكَرِيْمِ وعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ

#AuraFitrah99
#RawatanPerubatanIslam
#RuqyahSyar'iyyah

Sunday, 16 April 2017

TIPS POSTING FACEBOOK YANG BERKESAN

 TIPS MUDAH 4

TIPS POSTING FACEBOOK YANG BERKESAN
.
7.30-9.30am
.
TABIAT
👉Org nk mula kerja
👉Hari isnin-rabu trafik laju
👉Hari jumaat mood org kerja dah berkurangan,maka lebih rajin berfb
👉Hari jumaat post ttg islamik sahaja.
.
CIRI-CIRI POST
👉Menyegarkan
👉Inspirasi
👉Motivasi
👉Softselling
.
12.30-2.00pm
.
TABIAT
👉Waktu org keluar lunch
👉Mereka xde masa nak baca cerita pjg
👉Sambil makan,beratur ambil lauk
👉Hari jumaat,pempuan rehat panjang
👉 Maka boleh buat cerita panjang la masa solat jumaat kan.
.
CIRI-CIRI POST
👉Ringkas
👉Santai
👉Ringan
.
5.30-7.00pm
.
TABIAT
👉Org balik kerja.
👉Mood penat xbertenaga.
.
CIRI-CIRI POST
👉Post kelakar,joke,humor.
👉Elakkan post tentang traffic jem.
.
10.00-11.45pm
.
TABIAT
👉Sudah siap solat isyak dan sudah makan malam.
.
👉Mula online sambil menonton tv.
👉Ada juga yg memang ngadap pc,laptop @ smartphone semata-mata fesbuking
.
CIRI-CIRI POST
👉Traffic paling laju jam 10 malam.
👉Ada juga yang post seawal 9:30pm
👉Masa terbaik utk buat branding
👉 Marketing , Positioning @ Hard Selling
👉 Buat diskaun hebat @ tawaran meleleh

🔴Aktiviti fesbuking mula slow 11:45 sebab online banking tutup pada 12pm.
🔴12pm org mula masuk tidur.
🔴Xperlu update sebarang post selepas 11.30 malam.
.
🔴Jgn update post selepas 12 mlm,
Nampak sgt kita ketagih fb.
😂😂😂

Azlan Khairuddin
Diamond Awet Muda😎

#BuatSaja
                        

40 Pelajaran dari Nabi Muhammad SAW

40 Pelajaran oleh Nabi Muhammad SAW
🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌
01. Menahan diri daripada tidur diantara waktu fajar dan ishraq, asar dan maghrib, maghrib dan isya.
---------------------------
02. Menghindarkan diri mendekati orang yang mempunyai bau yang kurang menyenangkan.
---------------------------
03. Jangan tidur diantara manusia yang berkata buruk sebelum tidur.
---------------------------
04. Jangan makan atau minum menggunakan tangan kiri.
---------------------------
05. Jangan memakan kembali makanan yang telah dikeluarkan dari celah gigi anda.
---------------------------
06. Jangan mematah-matahkan jari anda.
---------------------------
07. Periksa kasut anda sebelum memakainya.
---------------------------
08. Jangan mendongak ketika sedang solat.
---------------------------
09. Jangan meludah didalam tandas.
---------------------------
10. Jangan membersihkan gigi anda dengan arang.
---------------------------
11. Duduk ketika sedang memakai seluar/kain
---------------------------
12. Jangan memecahkan benda yang keras/sukar menggunakan gigi anda.
---------------------------
13. Jangan meniup makanan yang sedang panas, sebaliknya anda boleh mengipasnya.
---------------------------
14. Jangan mencari kesalahan orang lain.
---------------------------
15. Jangan bercakap diantara waktu azan dan iqamat.
---------------------------
16. Jangan bercakap didalam tandas.
---------------------------
17. Jangan berkata dongeng(palsu) tentang rakan anda.
---------------------------
18. Jangan mengganggu ketenteraman rakan anda.
---------------------------
19. Jangan memandang belakang secara kerap apabila sedang berjalan.
---------------------------
20. Jangan menghentakkan kaki ketika sedang berjalan.
---------------------------
21. Jangan mencurigai tentang rakan anda.
---------------------------
22. Jangan menipu sepanjang masa.
---------------------------
23. Jangan menghidu makanan ketika anda sedang makan.
---------------------------
24. Berkata dengan jelas, agar orang lain boleh faham apa yang anda katakan.
---------------------------
25. Hindarkan berjalan sendirian.
---------------------------
26. Jangan membuat keputusan sendiri, tapi rujuk pada yang arif.
---------------------------
27. Jangan bangga(riak) akan diri sendiri.
---------------------------
28. Jangan mencela makanan anda.
---------------------------
29. Jangan bermegah(sombong).
---------------------------
30. Jangan menghalau pengemis.
---------------------------
31. Layan tetamu anda dengan ikhlas dan baik.
---------------------------
32. Sabar ketika dalam kesusahan.
---------------------------
33. Membantu dengan tujuan yang baik.
---------------------------
34. Muhasabah diri dan bertaubat.
---------------------------
35. Berbuat baik pada mereka yang berbuat jahat padamu.
---------------------------
36. Berpuas hati dengan apa yang anda ada saat ini.
---------------------------
37. Jangan tidur berlebihan-ini akan menyebabkan penyakit lupa.
---------------------------
38. Bertaubat sekurang-kurangnya 100 kali sehari (istighfar).
---------------------------
39. Jangan makan dalam gelap.
---------------------------
40. Jangan makan dengan mulut yang penuh.
---------------------------
Hantarkan pada yang lain, untuk mengingati mereka. Semoga Allah merahmati kamu ! Amin :)
--------------------------
Tgms

Friday, 14 April 2017

Luar biasa Orang membaca Al-qur'an

*Luar biasa bagi yang membaca Al-qur'an*

Berkata Abdul Malik bin Umair:
"Satu-satunya manusia yang tidak tua adalah orang yang selalu membaca Al-qur'an".

"Manusia yang paling jernih akalnya adalah para pembaca Al-qur'an".

Berkata Al-imam Qurtubi:
"Barang siapa yang membaca Al-qur'an,  maka Allah akan menjadikan ingatannya segar meskipun umurnya telah mencapai 100 tahun".

Imam besar Ibrahim al-Maqdisi memberikan wasiat pada muridnya Abbas bin Abdi Daim rahimahullah.
"Perbanyaklah membaca Al-qur'an jangan pernah kau tinggalkan, kerana sesungguhnya setiap yang kamu inginkan akan di mudahkan setara dengan yang kamu baca".

Berkata Ibnu Solah:
"Bahwasannya para Malaikat tidak diberi keutama'an untuk membaca Al-qur'an,  maka oleh karena itu para Malaikat bersemangat untuk selalu mendengar saja dari baca'an manusia".

Berkata Abu Zanad:
"Di tengah malam,  aku keluar menuju masjid Rasulullah shallallaahu alaihi wa sallam sungguh tidak ada satu rumahpun yang aku lewati melainkan pada nya ada yang membaca Al-qur'an".

Berkata Shaikhul Islam ibnu Taimiyyah: "tidak ada sesuatu yang lebih bisa memberikan nutrisi otak, kesegaran jiwa, dan kesehatan tubuh serta mencakup segala kebahagiaan melebihi dari orang yang selalu melihat kitabullah ta'ala".

Bergantunglah pada Alqur'an niscaya kau akan mendapatkan keberkahan.
Allah berfirman: "ini adalah kitab yang kami turunkan kepadamu yang penuh keberkahan agar mereka mau mentadaburi ayat-ayatnya".

Berkata sebagian ahli tafsir
"Manakala kita menyibukkan diri dengan Al-qur'an maka kita akan di banjiri oleh sejuta keberkahan dan kebaikan di dunia".

"Saya memohon kepada Allah agar mberikan taufiqnya kepada saya dan kalian semua untuk selalu membaca Al-qur'an dan mengamalkan kandungannya".

Bila anda Cinta pada Alqur'an maka sebarkanlah,,,
demi Allah, sekian banyak orang yang membaca Alqur'an maka pahala anda akan selalu mengalir..

🌾🌿alaqsatahfiz.edu.my🌿🌾

14 Cara Mengundang Rezeki Allah

CARA MENGUNDANG REZEKI ALLAH

- Ada yang mengetuk pintu langit dengan cara setiap pagi memberi 40 nasi bungkus untuk orang miskin. Rutin dia lakukan.

- Ada yang mengundang rezeki dengan cara mencium tangan ibunya lalu minta didoakan.

- Ada yang mengundang rezeki, setiap minggu dia mendatangi anak-anak yatim, mengusap kepala mereka, membelikan sesuatu untuk keperluan mereka sebagaimana diajarkan Nabi SAW.

- Ada yang mengundang rezeki, setiap pagi keluar ke tempat kerja dia rutin bersedekah kepada siapa saja.

- Ada yang mengundang rezeki, tiap malam jumaat dia membahagi makanan kepada orang² yang tidur di jalanan. Doanya tembus ke langit!

- Ada yang mengundang rezeki, setiap kali setelah solat subuh dia tidak tidur. Dia beristighfar 100 kali dan bertadarrus Al-quran hingga terbit fajar, lalu menatap langit langsung dan mengangkat tangan. Doanya tembus langsung kepada Tuhannya.

- Ada yang mengundang rezeki, setiap Jumaat profit hasil jualannya 100% disedekahkan. 

- Ada yang mengundang rezeki, tiap bulan 20% dari total pendapatannya disedekahkan. Dia yakin Tuhan-nya MAHA KAYA.

- Ada yang mengundang rezeki, seminggu sekali tengah malam didatangi rumah orang miskin. Dia angkat/pikul sendiri makanan untuk mereka.

- Ada yang mengundang rezeki, tiap Jumaat dia tidak mahu dibayar upah untuk khidmatnya yang diberikan ke orang lain. Tiap titik keringatnya penuh pahala.

- Ada yang mengundang rezeki dengan memperbaiki jadual solat 5 waktunya berjamaah di masjid dan Allah pun memudahkan segala urusannya.

- Ada yang mengundang rezeki, tiap pagi dia solat dhuha & berdoa, ketika orang lain sudah sibuk dia memilih menghadap langsung ke Penciptanya.

- Ada yang mengundang rezeki tiap 1/4 malam bangun solat tahajud berbisik pada bumi dan terdengar di langit. Allah redha, hidupnya pun berkat.

- Ada yg mengundang rezeki dengan cara menanam pkok agar semua makhluk bumi boleh menikmati oksigen.

Rezekimu bukan daripada bossmu atau pelangganmu. Tetapi daripada Allah S.W.T.

Jemputlah rezeki datang dengan cara-cara yang Allah S.W.T Redhai.

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Thursday, 13 April 2017

Redha la dengan Takdir

Takdir itu terus berjalan..dan akan terus berjalan..ia tidak sesekali mempedulikanmu..jika engkau sabar dan redha maka engkau akan mendapat bahagianmu itu..dan jika engkau membangkang tidak redha dan bersunggut engkau juga akan mendapat bahagianmu..sedangkan episod takdir itu akan tetap berjalan meninggalkanmu
Bergantung haraplah dengan merendahkan diri dihadapan Allah dalam hal keadaan apa pun..takut dan haraplah kepadaNya..dan waspadalah dengan Allah dalam membolak balikan mengikut kehendakNya..
Semoga dalam jagaan Allah dan didikan Allah untuk orang2 yang tidak pernah kenal putu asa..
Insan yang mulia dilisan makhluk belum tentu ia mulia pada pandangan Allah..hina pada lisan manusia belum tentu hina pada pandangan Allah..
Ketahuilah olehmu.. kerungsingan manusia itu kebanyakkan terhadap masa depan dunia..takut dengan masa depan kehidupan dunia..sibuk dengan perancangan masa depan dunia.. terlupa bahawa masa depan kita adalah akhirat..sebuah perjalanan yang panjang yang begitu mendebarkan..
Kerana terlalu terangnya dunia terlupa akan kegelapan kubur..
Kerana terlalu luas dan cantiknya rumah2 didunia terlupa dengan sempitnya liang lahad nanti..

~ Kalam Sufi ~

Cara Memagar Rumah, Bangunan atau Kawasan

CARA ‘MEMAGAR’ BANGUNAN & KAWASAN
(Kaedah Ikhtiar Muslim)

‘MEMAGAR’ RUMAH (BAHAGIAN DALAM)

1. BIASANYA dilakukan pada waktu malam.

2. Mulakan dengan azan/ iqamah di tengah rumah. Cukup dengan suara perlahan.

3. Seorang duduk di tengah rumah, baca surah Al-Baqarah. Bacaan diteruskan sehinggalah tamat proses ‘memagar’. Tak perlu dihabiskan keseluruhan surah Al-Baqarah, tapi jika dapat diteruskan hingga habis lebih baik.

4. Seorang lagi berperanan sebagai tukang renjis. Berdiri di tepi mana-mana dinding dengan bahu kanan menghala ke dinding. BIASANYAdimulakan dengan dinding kanan rumah (Berdiri di dalam rumah menghadap pintu utama rumah, tengok sebelah kanan. Dinding itulah yang dimaksudkan). Jarak di antara dinding dengan perenjis lebih kurang 2-3 kaki.

5. Perenjis berjalan perlahan-lahan ke arah hadapan (dengan bahu kanan menghala ke dinding) ke setiap dinding. Sampai ke pintu-pintu bilik, masuk ke dalam bilik, lalu kesemua dinding dan keluar. Terus berjalan sehinggalah sampai ke tempat mula.

6. Cara merenjis – Paling mudah gunakan botol ‘spray’. Sambil berjalan, sembur sahaja. Boleh juga air yang sudah diruqyah di isi dalam sebuah bekas dan direnjis dengan tangan (tapi melenguhkan). Celup tangan dalam air, renjis dari kiri ke kanan (ke arah dinding). Sedikit renjisan pun sudah cukup, ambil syarat sahaja. Kalau tidak nanti habis basah dinding, lantai dan perabot.

7. Sambil merenjis, bacakan apa-apa ayat Al-Quran ataupun doa berterusan. BIASANYA orang suka baca Ayat Kursiy. Boleh saja jika hendak baca 3 Qul, surah Al-Fiil, doa-doa dan ayat-ayat yang lain.

8. Setelah sampai ke tempat mula tadi, pandang ke arah bumbung. ‘Spray’/ renjis sekali, sekadar ambil syarat memagar bahagian atas.

9. Bahagian (dinding) dalam tandas dan bilik air tidak direnjis. Cukup dengan merenjis di depan pintu tandas sahaja.


CARA ‘MEMAGAR’ KAWASAN RUMAH.

Lebih kurang sama seperti cara memagar dalam rumah.

1. Berdiri menghadap pintu pagar/ laluan utama ke luar. Lihat sebelah kanan rumah. Perenggan/ pagar / sempadan itulah yang dimaksudkan. Mula memagar dari situ. Berjalan di tepi semua pagar/ sempadan sambil merenjis/ menabur bahan. Sambil berjalan, baca ayat-ayat pilihan (biasanya Ayat Kursiy).

2. Mulakan dengan azan/ iqamah di dalam rumah. Kemudian seorang baca surah Al-Baqarah. Seorang lagi merenjis (jika air) ataupun menabur (jika lada hitam, garam atau lain-lain).

3. Cara merenjis/ menabur sama seperti memagar dalam rumah.

4. Akhirnya, pandang bumbung rumah, renjis/lontar sedikit bahan sebagai syarat.


Apakah ‘pagar’/’benteng’ yang dibuat boleh ditembusi?

Ya, antaranya dalam keadaan-keadaan berikut:

1. Pagar sudah lama. Selang beberapa bulan ataupun setahun sekali digalakkan buat pagar yang baharu. Pagar lama mungkin sudah rosak, berlubang ataupun rapuh pada mana-mana bahagian. Pagar ghaib ini samalah seperti pagar zahir yang kita buat daripada batu, kayu, dawai dan lain-lain. Lama-kelamaan ia akan berkarat, dimakan anai-anai, tumbang ditanduk lembu dan lain-lain.

2. Penghuni rumah/ kawasan yang dipagar itu selalu melakukan perkara-perkara yang dilarang agama menyebabkan pagarnya semakin nipis, runtuh ataupun berlubang.

3. Jin/ pengamal sihir yang berusaha meruntuhkan pagar itu ialah seorang yang benar-benar kuat ilmunya (atas izin Allah). Biasanya mereka ada kaedah untuk menembusi pagar yang dibuat. Jin-jin dan pengamal sihir kebanyakan biasanya tak berjaya tembus.

4. Salah seorang/ beberapa orang/ keseluruhan keluarga itu ada jin saka. BIASANYA jin saka dapat menembusi pagar/ benteng kerana dia ialah ‘family member’ (sudah jadi ahli keluarga tersebut). ‘Family member’ boleh keluar masuk sesuka hatinya.


Bagaimana cara untuk mengukuhkan pagar?

1. Penghuni rumah/kawasan lakukan amal-amal soleh, dan buat amalan-amalan pendinding seperti selalu/ setiap hari al-Ma’thurat, atau Manzil, atau apa-apa wirid yang sesuai.
2. Perbaharui pagar selang beberapa bulan/ tahun.

Siapakah yang boleh melakukan proses memagar?

Perawat, tuan rumah atau sesiapa sahaja Muslim yang ada keyakinan.

Tandas dan bilik air tak dipagar. Tidakkah berbahaya?

1. Luar kawasan rumah sudah dipagar. Jadi tak perlu risau.
2. Sebelum masuk bilik air/ tandas, baca doa: “Allaahummainni a’uzhubika minal qubuthi wal qabaaith.”
3. Untuk menguatkan lagi, boleh saja berzikir DI DALAM HATI semasa berada di dalam bilik air/ tandas.


#AuraFitrah99
#RawatanPerubatanIslam
#RuqyahSyar'iyyah

12 AMALAN SALAH DALAM RAWATAN ALTERNATIF/TRADISIONAL

12 AMALAN SALAH DALAM RAWATAN ALTERNATIF/TRADISIONAL

1) Jampi Mentera

Bagi hal berkenaan jampi dan mentera, terdapat dalil yang jelas daripada hadith Nabi (s.a.w) yang melarang menggunakan jampi dan mentera khususnya daripada jenis jampi dan mentera yang memuja dan menyeru makhluk halus, mengandungi kata-kata kufur atau kata-kata yang tidak difahami maknanya.

Daripada ‘Awf bin Malik al-Ashja‘i r.a.: “Ketika zaman Jahiliyyah, kami melakukan jampi. Maka kami bertanyakan Rasulullah (tentang perkara itu): “Wahai Rasulullah, bagaimanakah hukum, terhadap yang demikian?” Maka sabda Rasulullah (s.a.w): “Kemukakan kepada ku jampi kamu itu; tidak mengapa menjampi selagi ia tidak mengandungi syirik (kepada Allah)” (Riwayat Imam Muslim r.a.).

Menurut pandangan Tuan Guru Prof. Dr. Hj. Jahid Bin Hj. Sidek al-Kholodi al-Naqsyabandiah dari Pusat Rawatan Islam al-Manarah mengatakan bahawa mereka yang mengamalkan jampi mentera dalam perubatannya adalah salah disisi agama dan ia bercanggahan dengan prinsip perubatan Islam itu sendiri.

2) Ilmu Sihir untuk Melawan Sihir

Manakala penggunaan ilmu sihir untuk merawat sihir larangannya adalah jelas berdasarkan kepada hadith Nabi (s.a.w) yang melarang pendekatan sedemikian digunakan untuk merawat orang yang terkena sihir. Kaedah ini dinamakan dalam hadith sebagai “al-Nushrah”.

Daripada Jabir r.a. berkata: “Rasulullah (s.a.w) telah ditanya tentang al-Nushrah. Maka sabda Rasulullah (s.a.w): “(al-Nushrah) adalah amalan syaitan.” Bahkan mempelajari sihir juga haram. Nabi (s.a.w) pernah bersabda riwayat Ibn ‘Abbas r.a. berkata, Nabi (s.a.w) pernah bersabda:“Sesiapa yang mempelajari satu cabang ilmu dari ilmu nujum (tilik), maka dia telah mempelajari cabang ilmu (dari) sihir, maka ia akan bertambah dan terus bertambah (kesyirikan dan ilmu sihirnya)” (Riwayat Imam Abu Dawud r.a.). Jadi, apatah lagi mengamalkannya dan menghantarnya dengan cara saka dan santau untuk menganiayai orang lain.

3) Tangkal dan Azimat

Tangkal dan azimat adalah budaya khurafat, tahyul dan syirik yang sering dipaparkan dalam rawatan tradisional. Tujuannya adalah untuk mengubati penyakit seperti sawan, cacing, demam, gangguan hantu syaitan, menolak bala dan lain-lain. Dalam masyarakat Malaysia, fetish atau tangkal dipakaikan pada kanakkanak, untuk mengelakkan daripada ditimpa penyakit sawan dan lain-lain. Tangkal juga diletakkan depan pintu rumah supaya tidak dimasuki makhluk halus dan orang yang jahat (Jawiah, 2010).

Perawat yang membuat tangkal lazimnya menggunakan ayat al-Qur’an, gambar rajah, nombor, simbol dan perkataan Arab, yang mempunyai makna tertentu pada sesuatu. Kemudiannya dibalut kemas dan di asapkan dengan kemenyan lalu dipakaikan pada orang yang berhajat. Tangkal atau azimat banyak dipakaikan kepada anggota badan dan digantung pada pintu rumah kononnya bagi mengelak penyakit, gangguan dan bala. Inilah cara yang lazim menggunakan tangkal dan azimat.

Tangkal dan azimat adalah haram dan termasuk dalam perbuatan sihir dan syirik bertepatan dengan sabda Nabi (s.a.w) melalui Abu Hurairah r.a. yang bermaksud: “Sesiapa yang mengikat suatu ikatan (tangkal), kemudian menghembus (menjampi) pada ikatan tersebut, ia telah melakukan sihir, sesiapa yang melakukan sihir, maka dia telah berlaku syirik. Sesiapa yang menggantung sesuatu (tangkal), maka dia telah bertawakkal dengannya” (Riwayat Imam Nasa’i r.a.).

Syeikh ‘Atiyyah Saqar juga pernah mengucapkan “Sesiapa yang mempercayai sesuatu khurafat seperti kayu kokka (sebagai tangkal pelindung yang) dapat menghindarkan syaitan dan iblis, memurahkan rezeki dan menyembuhkan penyakit adalah pelaku syirik kerana segala itu adalah hak Allah (s.w.t) semata-mata” (Zaharuddin, 2011).

Hasil dari temu bual penulis dengan pengasas pusat rawatan Islam Darussyifa’ Yang Berbahagia Dato’ Dr. Haron Bin Din menyatakan bahawa penggunaan tangkal azimat dalam perubatan adalah haram dan ia seolah-olah tidak percaya terhadap kekuasaan Allah dalam menyembuhkan penyakit manusia.

4) Mandi Bunga

Amalan mandi bunga adalah sejenis khurafat yang diamalkan dan dilakukan terutamanya di dalam amalan perubatan tradisional untuk membuang sial, menghindari bala penyakit dan membawa tuah. Kononnya untuk membuang sial pada anak dara yang tidak mendapat jodoh meskipun usia sudah lanjut. Nabi (s.a.w) pernah bersabda yang bermaksud: “Tiada penyakit berjangkit dengan sendirinya tanpa takdir Allah (s.w.t), tiada tanda sial pada burung (melalui burung berterbangan kiri atau ke kanan), tiada sial pada burung hantu (tiada roh orang mati

dibunuh yang menuntut bela) dan tiada sial pada bulan Safar” (Riwayat Imam Bukhari r.a.).

Dr. Yusuf al-Qaradawi juga menyatakan, “Kepercayaan sial ini termasuklah menganggap sial pada haiwan, tempat dan masa. Sesiapa yang mempercayai adanya sial, maka dia telah berlepas diri (tidak bertawakkal) pada Allah (s.w.t)”. (Zulkili Hasan, 2013).

5) Menggunakan Ruqyah yang Tidak Difahami Ucapannya

Dalam bidang rawatan alternatif, ruqyah yang diperbolehkan Rasullullah (s.a.w) mempunyai syarat-syarat tertentu. Selagi mana ruqyah menggunakan lafaz yang difahami dan tidak ada unsur syirik, maka dibolehkan meruqyah dengannya. Ruqyah yang dilakukan menggunakan bahasa yang tidak difahami dan mengarut adalah salah dan boleh menimbulkan keraguan. Antara syarat ruqyah syar’iyyah adalah perlu seeloknya menggunakan sumber dari Al-Qur’an dan Al-Sunnah, tiada unsur syirik dan pemujaan, i’tiqad kesembuhan bukan pada ruqyah, tetapi pada Allah (s.w.t), dan menggunakan bahasa yang boleh difahami dan bukannya kalam orang yang kafir atau jahil yang boleh menimbulkan keraguan dan itnah.

Rasullullah (s.a.w) pernah bersabda melalui ‘Auf bin Malik al-Asyja’iy r.a., “Kami semasa zaman Jahiliyyah biasa melakukan jampi mentera, lalu kami bertanya kepada baginda (s.a.w): Wahai Rasulullah !, Apakah pendapat kamu di dalam masalah ini?. Maka baginda (s.a.w) pun bersabda “Tunjukkanlah kepadaku jampi-jampi kalian, tidak mengapa meruqyah selagi mana tidak mengandungi syirik (Riwayat Imam Muslim r.a.).

6) Pengeras

Dalam mendatangi bomoh atau perawat, pastinya ada istilah “pengeras”. Pengeras adalah ganjaran dan upah yang diberikan kepada bomoh atau jin peliharaan atas tilikannya (bantuan jin). Pengeras boleh jadi berupa wang, haiwan, makanan dan lain-lain.

Memberi pengeras adalah haram bersandarkan sabda Nabi (s.a.w) dari Abi Mas’ud al-Ansari r.a.: “Sesungguhnya Rasullullah (s.a.w) menegah (melarang) tentang jual beli anjing, wang hasil pelacuran dan memberi pengeras (habuan) untuk bomoh (atas tilikan dan ramalannya)” (Riwayat Imam Bukhari r.a.).

Malahan, begitu jua halnya apabila seseorang mendatangi bomoh, jika tidak yakin kepada dukun, maka pesakit tidak akan berusaha sedaya upaya untuk mencari dan memberi pengeras kepada bomoh tersebut walaupun pengerasnya cukup pelik dan mahal sehingga membazir masa, wang dan tenaga, jadi, dia mesti yakin sepenuhnya kepada bomoh tersebut (misalnya jikalau dia memberikan pengeras seperti yang diminta, akan sembuh).

7) Mendatangi Dukun, Tukang Tilik dan Seumpamanya

Mendatangi dan menggunakan khidmat bomoh serta dukun meskipun dalam mencari rawatan untuk kesembuhan adalah dilarang dalam Islam. Ia menjadi khurafat apabila ia melibatkan sihir, dan perkara-perkara yang boleh mendatangkan
syirik kepada Allah (s.w.t).

Sabda Nabi (s.a.w) riwayat Abu Hurairah r.a.: Sesungguhnya Rasullullah (s.a.w) bersabda, “Sesiapa yang mendatangi (jima’) perempuan yang haid, atau berjima’ dengan isterinya dari duburnya, atau mendatangi dukun (bomoh) dan mempercayai ramalannya, maka ia telah kufur terhadap apa yang diturunkan pada Nabi Muhammad (s.a.w) (agama Islam)” (Riwayat Imam Ibnu Majah r.a.)

Dr. Yusuf al-Qaradawi ada menyebutkan: “Amalan (mempercayai bomoh) ini ialah syirik dan satu bentuk kezaliman yang paling besar terhadap Allah (s.w.t) dan syariat-Nya. Islam menentang sebarang bentuk khurafat seperti ini dan Islam adalah agama yang berdiri di atas keyakinan dan bukannya sangkaan" (Basri Ibrahim, 2009).

Masyarakat perlu berwaspada kerana kadang kala bomoh boleh menzahirkan dirinya sebagai tukang ubat (tabib), wali, peramal bahkan ustaz. “Tok bomoh” yang berperanan mengubati orang sakit, menghalau syaitan dan lain-lain. Bomoh masih dipercayai sehingga kini kerana bomoh berupaya menyembuhkan penyakit dari kuasa ghaib yang tidak dapat diubati perubatan moden. Tok bomoh yang menggunakan khidmat jin suruhan akan membuat suatu perjanjian sebelum bekerjasama. Semakin taat bomoh pada jin dengan mengikuti segala perintahnya (berbuat maksiat), maka semakin taat pula jin kepadanya. Bomoh yang mengubati pesakit menggunakan jin selalunya mengetahui keadaan pesakit sebelum pesakit sampai kerana diberitahu oleh jin suruhannya. Di dalam amalan perubatannya, bomoh menyeru dan memuja nama jinnya. (Wahid, 1996; Mahyuddin Ismail, 2012)

8) Kemenyan

Kemenyan adalah suatu bahan perantaraan yang digunakan oleh kebanyakan bomoh dalam perubatan tradisional, kebiasaannya ia dikaitkan dengan sihir dan jin. Di antara tanda-tanda dukun, bomoh dan tukang sihir yang bersahabat dengan jin dan syaitan adalah mereka menggunakan kemenyan. Dalam amalan tangkal dan azimat, azimat yang siap dijampi di asapkan dengan kemenyan dahulu. Bomoh akan memerintahkan jin suruhannya menjaga azimat tersebut dan mendampingi orang yang memakainya.

Sebenarnya, asap kemenyan adalah sejenis seruan dari bomoh untuk memanggil dan berdamping dengan jin syaitan supaya dapat memohon pertolongan darinya. Ia adalah sebesar-besar kekufuran dan sebesar-besar pintu kejahatan. Syaitan tidak melayani bomoh dan membantunya sehinggalah bomoh tersebut kufur dan patuh pada hasutannya melalui perjanjian yang termeterai. Sebagai balasan kepada jin, maka bomoh mensyaratkan pengeras yang pelik-pelik seperti meminta darah ayam, pulut kuning, telur berwarna serta lain-lain (Jahid Sidek, 2004).

Sabda Nabi (s.a.w) melalui Nu’man bin Bashir r.a., dia mendengar Rasulullah (s.a.w) bersabda: “Perkara halal itu jelas (terang) dan perkara haram juga jelas (terang). Dan diantaranya terdapat perkara syubhat (kesamaran) yang tidak ramai manusia mengetahuinya. Barang siapa yang menjauhi perkara syubhat, maka dia telah membersihkan agama dan kehormatannya. Barang siapa yang terdedah (melakukan) perkara syubhat, maka dia akan terdedah kepada perkara haram, sepertimana pengembala yang mengembala gembalaannya di sekitar (dekat) kawasan larangan, dan ditakuti dia dan gembalaannya akan termasuk (juga) ke dalam kawasan larangan” (Riwayat Imam Abu Dawud r.a.).

9) Pemutus Ubat

Pemutus ubat adalah amalan yang perlu dilakukan apabila mendapat kesembuhan (nazar). Dalam perubatan Islam, hanya doa dan kesyukuran kepada Allah (s.w.t) menjadi tanda pemutus ubat bagi pesakit yang telah sembuh. Inilah yang sebenar menurut Islam, iaitu memanjatkan kesyukuran kepada Rabb al-Jalil. Antara amalan pemutus ubat khurafat yang sering ditonjolkan oleh perwat tradisional ialah melepaskan binatang seperti ayam hitam ke kawasan yang tidak dihuni dan menyembelih binatang yang bersifat tertentu. Hakikatnya, amalan itu bertujuan seumpama nazar tanda terima kasih kepada jin dan syaitan yang membantunya. Jika dilakukan, nescaya jin dan syaitan tidak akan mengganggunya kerana dia telah bersekongkol dengan orang yang melakukan syirik pada Allah (s.w.t).

Rasullullah (s.a.w) telah menerangkan kesesatan perbuatan mereka ini di dalam sabdanya. Dari ‘Amru bin Syu’aib r.a., diriwayatkan dari bapa dan datuknya, Rasullullah (s.a.w) pernah bersabda: “Tiada nazar kecuali kepada sesuatu yang bertujuan mendapat keredhaan Allah dan tiada sumpah di dalam perkara yang bertujuan memutuskan tali silaturrahim” (Riwayat Imam Abu Dawud r.a.).

Sabda Nabi (s.a.w) lagi dari ‘Aisyah r.a., Rasullullah (s.a.w) pernah bersabda: “Tiada nazar dalam berbuat maksiat kepada Allah (s.w.t)” (Riwayat Imam Nasa’I r.a.).

10) Bahan Perantaraan Perubatan

Dalam tradisi masyarakat Melayu, keris adalah bahan perantaraan yang sering digunakan dan dipertontonkan dalam rawatan alternatif. Antaranya, kita pernah mendengar istilah “keris berdiri” atau “keris menari dengan sendiri” apabila bomoh yang menggunakan keris mula mengubati pesakitnya. Dalam amalan perubatan, keris ini akan berdiri dan berjalan terapung di atas anggota badan pesakit sehingga ia hanya berhenti di tempat yang sakit. Kononnya keris dapat mencari bahagian anggota yang sakit dan bomoh akan terus menjampi bahagian yang sakit menggunakan keris tersebut. Ini merupakan satu bentuk penipuan secara terang-terangan kepada orang jahil (Hizwan, 2012).

Sebetulnya, jin dan syaitan yang menipu manusia yang jahil dengan mengerakkan keris itu sehingga dapat berdiri dengan sendirinya dan menari. Dengan itu, manusia yang melihatnya berasa kagum dan menyangka keris tersebut mempunyai kuasa sakti. Mana mungkin keris yang pegun sebegitu dapat melakukan sesuatu tanpa didorong oleh sesuatu. Ini semua adalah angkara jin syaitan yang berusaha menyesatkan manusia. Maka, orang ramai akan terjerumus dalam kesyirikan kerana mempercayai terdapat makhluk yang lebih berkuasa selain Allah (s.w.t).

Sebenarnya, jenis benda perantaraan yang digunakan ketika proses perubatan (ruqyah) adalah bersifat subjektif dan terpulang berdasarkan ( تجربه ) iaitu mengikut kepandaian dan kemahiran pengubat dan bomoh. Kaedah fiqh ada menyebutkan, “asal segala sesuatu adalah harus”. Selagi mana bahan perantaraan yang digunakan mempunyai khasiat khusus dalam perubatan dan mampu merawat pesakit, tidak mengandungi unsur haram, makhluk halus, pujaan, kuasa sakti dan boleh membawa kebaikan, maka harus berubat dengannya, digunapakai kaedah serta memberi manfaat kepada orang lain (Zaharuddin A. Rahman, 2011).

Sabda Nabi (s.a.w), “Ada seseorang bertanya pada Nabi (s.a.w): Wahai Rasullullah,
adakah engkau telah berhenti dari melakukan jampi?, Maka Rasullullah (s.a.w) pun bersabda: “Sesiapa yang mampu dari kamu untuk memberi manfaat kepada saudaranya, maka, lakukanlah” (Riwayat Ibnu Hibban r.a.).

11) Roh dan Tahdir al-Arwah

Roh bukanlah benda atau sesuatu yang dapat dilihat dan disaksikan dengan mata kasar, walau dengan cara yang paling canggih sekalipun. Seseorang itu tidak mampu mengetahui hal roh walau sehebat mana pun ilmunya. Allah (s.w.t) beriman dalam Al-Quran (17:85), “Katakanlah (wahai Muhammad): “Roh itu termasuk di dalam urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan kecuali sedikit”. Apabila roh berpisah dari jasad, ia akan berada di alam yang dinamakan barzakh. Ia tidak mampu kembali ke alam dunia sama ada dalam keadaan baik atau buruk. Roh-roh orang mukmin diberikan nikmat di alam barzakh dan roh orang kafir diazab sehingga kiamat.

Ini bermakna, paparan roh orang mati boleh kembali semula walaupun telah lama mati adalah tidak benar dan khurafat. Jika kelihatan makhluk berupa si mati, maka ulama berpendapat ia hanyalah angkara jin iblis yang menyerupai si mati. Dakwaan bahawa roh orang mati tidak boleh kembali berdasarkan irman Allah (s.w.t) (23:99-100), “Demikianlah keadaan orangorang kair itu), hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka, Dia berkata: “Ya Tuhanku kembalikanlah aku (ke dunia), agar aku berbuat amal yang soleh terhadap yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya saja. Di hadapan mereka ada dinding sampai hari mereka dibangkitkan”.

Prof. Ahmed Azzedine Al-Bayanuny juga menyatakan: “Dakwaan orang yang mampu bertemu dengan roh si mati dengan teknik jampian khas adalah penipuan yang menggunakan jin dan syaitan. Ia bukannya roh sebenar”.

12) Istighathah Kepada Selain Allah

Istighathah dengan kuasa ghaib yang bertujuan untuk perubatan dan selainnya sudah lama wujud dalam budaya masyarakat Melayu. Istighathah yang dilarang adalah istighathah kepada jin dan syaitan, roh, kubur atau sihir. Hal ini tiada gunanya kerana semua makhluk adalah lemah di sisi Allah (s.w.t) dan perbuatannya termasuk dalam perbuatan syirik pada Allah (s.w.t). Istighathah sesama makhluk dengan meyakini bahawa makhluk tersebut dapat memberi kesan kepada permintaannya adalah sama seperti orang lemas meminta tolong kepada orang lemas dan banduan dengan banduan (Khadher, 2012).

Antara ucapan istighathah lain yang dilarang ialah meminta tolong dengan berkata: “Wahai jembalang air, tolonglah saya dan lepaskan saya dan mereka dari kesusahan dan penyakit ini, sembuhkanlah saya”. Istighathah kepada selain Allah (s.w.t) seperti kepada roh orang yang telah mati atau memohon kesembuhan di kuburan wali atau alim ulama’ ialah budaya syirik sedangkan orang yang mati itu sudah terputus hubungan dengan orang masih hidup.

Nabi (s.a.w) pun pernah bersabda: “Apabila mati seorang anak Adam, terputus segala amalannya kecuali tiga benda, sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain, dan anak soleh yang sentiasa mendoakan kepadanya” (Riwayat Imam Abu Dawud r.a.).

Imam Qurtubi pernah mengucapkan “Tidak dinafikan bahawa memohon pertolongan jin dan makhluk halus adalah satu bentuk khurafat, kemusyrikan dan kekafiran. Ini telah menyebabkan jatuh hukum syirik ke atasnya kerana meletakkan kebergantungan dan kesembuhan pada jinnya dan bukan pada Allah (s.w.t)".


Artikel ini bukan rekaan tapi hasil kajian yg ditulis dalam jurnal
 "Seni Perubatan Alternatif Di Malaysia: Analisis Permasalah Metode Rawatan" oleh ;
- Mohd Farhan Md Arifin (Universiti Malaya)
- Khadher Ahmad (Universiti Malaya)
- Nor Izati Samsudin (Universiti Malaya)
- Mohamad Zaim Isamail (Universiti Malaya)
- Muhammad Ikhlas Rosele (Universiti Malaya)


Terima kasih.

Pengertian Selawat

SELAWAT NABI S.A.W

Pengertian Selawat

Selawat adalah jamak dari kalimat solat. Selawat menurut bahasa ertinya ialah doa, rahmat dari Allah, memberi berkah dan ibadat.

Dalam kitab suci Al-Quran Allah berfirman yang bermaksud “ Sesungguhnya Allah dan para malaikat-nya selawat kepada Nabi. Hai orang² yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya”. (Surah Al-Ahzab:ayat 56)

Selawat kepada nabi terdiri dari tiga macam tingkatan :

1. Selawat Allah kepada Nabi dan Rasulnya, istimewa kepada Nabi Muhammad S.A.W. bererti Allah memberi rahmat, memuji dan melahirkan keutamaan serta mendekatkan Nabi Muhammad S.A.W kepadanya.

2. Selawat para Malaikat kepada para Nabi dan Rasul dan Nabi Muhammad S.A.W, bererti malaikat² mendoakan atau memohon rahmat kemuliaan serta keampunan.

3. Selawat manusia kepada Nabi Muhammad S.A.W, bererti mengakui kerasulannya, memohon kepada Allah melahirkan keutamaan, kemuliaan dan mengakui serta mengikuti kebenaran ajaran yang dibawanya .


Dalil-dalil Hadis Tentang Selawat

1. Sabda Nabi S.A.W : “Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku”. (Hadis Riwayat At-Trimidzi)

2. Sabda Nabi s.a.w : “Berselawat atas para Nabi Allah dan utusan-Nya sebagaimana kamu berselawat kepadaku kerana mereka itu sama diutuskan sebagaimana aku diutus”. (Hadis Riwayat Ahmad & Al-Khatib)

3. Sabda Nabi s.a.w : “Dari Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu jadikan kuburku sebagai tempat perayaan dan berselawatlah kepadaku, maka sesungguhnya bacaan selawatmu itu akan sampai kepadaku dimana sahaja kamu berada”. (Hadis Riwayat Abu Daud)

4. Sabda Nabi s.a.w : “Tiada dari seseorang yang mengucapkan salam kepadaku melainkan Allah menerima rohku sehingga aku menjawab salam kepadanya”. (Hadis Riwayat Abu Daud)

Berdasarkan dari hadis², jelas bahawa membaca selawat kepada Nabi s.a.w adalah suatu dari rangkaian iman dan ibadah yang wajib disempurnakan oleh kaum Muslimin dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan. Semoga dengan sentiasa berselawat ke atas Nabi, Allah akan memberi rahmat dan keberkatan dalam kehidupan kaum Muslimin.

Khasiat Madu dan Kayu Manis

✅Madu dan Kayu Manis - siapa pernah terfikir?

Madu merupakan satu-satunya makanan atas muka bumi yang tidak akan basi mahupun rosak. Apa yang terjadi hanyalah ianya ''bertukar jadi gula''. Realiti sebenarnya, madu tetap madu.Bagaimanapun, bila ditinggalkan di tempat yang gelap dan sejuk pada waktu yang lama ianya akan men''hablur'' atau kristallized. Apabila ini berlaku , didihkan sedikit air dan masukkan bekas yang berisi madu ke dalam air panas , dan tutup api dari terus menyala, dan biarkan madu cair secara biasa tanpa pendidihan. Ianya akan tetap kekal sebagai madu dari segi perubatan dan keadaan.Jangan didihkan madu atau masukkan ke dalam mikrowave, ini akan membunuh atau merosakkan enzim-enzim berguna di dalam madu.

Syarikat ubat (ubat-ubatan moden) tidak suka perkara ini kecoh di dalam masyarakat yang mana fakta menunjukkan madu dan kayu manis : campuran madu dan kayu manis boleh menyembuhkan hampir kesemua penyakit. Madu boleh didapati di semua negara dunia. Para saintis juga menerima bahawa madu merupakan ubatan ''Ram Ban'' (paling berkesan) terhadap semua jenis penyakit. Madu boleh digunakan tanpa tanpa sebarang kesan sampingan untuk apa-apa jenis penyakit. Sains moden juga mengatakan bahawa walaupun madu adalah manisan, tetapi apabila diambil pada dos yang betul sebagai ubat , ianya tidak akan memberi kesan buruk termasuk pada pengidap kencing manis.

Ini di antara kajian dari saintis barat :

✴Penyakit Jantng : Buatkan serbuk kayu manis. Sapukan madu dan serbuk kayu manis pada roti dan makan secara tetap setiap hari semasa sarapan
 (sebagai ganti dari jem). Ini akan mengurangkan kolesterol di dalam pembuluh darah (arteri) dan menyelamatkan pesakit dari serangan jantung (heart attack). Juga, bagi yang sedia ada atau pernah diserang serangan jantung , apabila amalan ini dibuat secara harian, ianya akan menjauhkan pesakit berbatu-batu dari serangan seterusnya. Penggunaan secara tetap amalan di atas akan mengurangkan kesukaran bernafas (membetulkan pernafasan) dan akan menguatkan jantung mengepam. Di Amerika dan kanada , pelbagai jururawat di rumah telah merawat pesakit secara jayanya dan juga didapati bahawa pada satu tahap umur, pembuluh dan salur darah (arteri dan vein) akan hilang flexibilitinya (kekenyalan) dan akan mudah tersumbat , madu dan kayu manis akan mengembalikan semula sifat asalnya.

✴Radang sendi (arthritis) : pesakit arthritis boleh mengambil secara harian (pagi dan malam) satu cawan air suam bersama 2 sudu teh madu dan satu sudu serbuk kayu manis. Apabila ini diambil secara tetap , pesakit kronik arthritis juga boleh sembuh. Di dalam kajian terbaru yang diketuai oleh Universiti Copenhagen , mereka mendapati bawa doktor-doktor yang merawat psakit mereka dengan campuran 1 sudu madu dan 1/2 sudu serbuk kayu manis sebelum sarapan pagi, mereka mendapati bahawa di dalam satu minggu (dari 200 orang pesakit yang dirawat) - 73 pesakit hilang kesakitannya di dalam seminggu dan di dalam sebulan , hampir kesemua pesakit yang tidak boleh berjalan atau bergerak disebabkan radang (arthritis) sudah boleh berjalan tanpa sebarang kesakitan.

✴Jangkitan Pundi Kencing: ambil dua sudu serbuk kayu manis dan satu sudu madu di dalam air suam dan minum. Ianya akan membunuh kuman di dalam pundi.

✴Kolesterol : Dua sudu besar madu dan tiga sudu teh serbuk kayu manis dicampurkan dengan 16 auns air teh diberikan pada pesakit kolesterol , didapati bahawa kandungan kolesterol di dalam badan pesakit turun sebanyak 10% hanya selepas 2 jam. Apabila ini diambil sebanyak 3 kali sehari , sebarang penyakit kolesterol tahap kronik akan sembuh. Melalui maklumat yang diterima dari Journal , madu asli yang diambil secara harian bersama makanan mengurangkan komplen(keluhan) terhadap kolesterol.

✴Selesema : bagi yang terseksa dengan selesema perlu mengambil 1 sudu besar madu bersama 1/4 sudu serbuk kayu manis 3 kali sehari. Proses ini akan menyembuhkan kesemua batuk yang terus, demam , dan membersihkan sinus (ruang udara di dalam tengkorak sekeliling hidung).

✴Perut Meragam : Madu diambil bersama kayu manis menyembuhkan sakit perut
dan membersihkan @ menyembuhkan perut dari sebarang ulcers. Kembung (gas) : kajian yang dibuat di Jepun dan India, mendapati bahawa madu yang diambil bersama-sama kayu manis akan mengeluarkan gas dari perut.

✴Imun Sistem : penggunaan harian madu dan serbuk kayu manis menguatkan sistem pertahanan (imun) dan melindungi badan dari serangan kuman dan bakteria. Saintis mendapati bahawa madu mempunyai pelbagai vitamin dan zat besi dalam jumlah yang besar. Penggunaan madu secara tetap akan menguatkan korpuskel sel darah putih (dimana mengandungi dna) untuk melawan penyakit yang disebabkan bakteria dan kuman (virus).

✴Tak Hadam : Serbuk kayu manis dicampur bersama 2 sudu besar madu yang diambil sebelum tidur akan merembeskan asid dan menghancurkan makanan berat.

✴Influenza : Saintis dari sepanyol membuktikan bahawa madu mempunyai kandungan semula jadi yang membunuh kuman influenza dan menyelamatkan pesakit dari flu.

✴Umur Panjang : Teh yang dibuat bersama madu dan serbuk kayu manis,bila diambil secara tetap , mengelakkan kerosakan disebabkan bertambahnya usia. Pengambilan 4 sudu teh madu, 1 sudu teh serbuk kayu manis dan 3 mangkuk kecil air panas untuk membuat teh. Minum 1/4 mangkuk - 3-4 kali sehari. Ini akan mengekalkan kesegaran kulit, kelembutan dan ketegangan. Jangka hayat dipanjangkan , dan mereka yang berumur 100 tahun sekalipun boleh memulakan aktiviti seperti berumur 20 tahun. (dalam Islam , kita ada beberapa amalan untuk panjang umur - amalkan di atas + bersedekah dan menyambungkan silaturrahim - in sya allah, umur kita akan panjang)

✴Sakit tekak : apabila tekak rasa tidak selesa , ambil satu sudu madu dan kulum sambil telan sedikit demi sedikit sehingga ambil. Ulang setiap 3 jam sehingga tekak hilang simptom sakit/ketidak selesaan.

✴Jerawat : 3 sudu besar madu dan 1 sudu teh serbuk kayu manis paste. Sapukan paste ini di atas jerawat sebelum tidur dan basuhnya tika bangun keesokan pagi dengan air suam. Jika diamalkan selama dua minggu , ia akan membuang jerawat dari akarnya.

✴Jangkitan Kulit :Sapukan campuranmadu dan serbuk kayu manis dalam ratio yang sama pada kulit yang terkesan , akan menyembuhkan ekzema , dan semua jenis jangkitan kulit.

✴Hilangkan Berat Badan : Pagi , sejam setengah sebelum sarapan pagi dan tika perut kosong , dan pada waktu malam sebelum tidur , minum madu dan serbuk kayu manis di dalam air suam. Jika diambil secara tetap, ianya akan mengurangkan berat walaupun pada mereka yang berlebihan berat badan. Jika minum secara tetap , ianya tidak akan membenarkan lemak untuk berkumpul dalam badan walaupun individu tersebut mengambil makanan yang tinggi kalori.

✴Kanser : Kajian terbaru di Jepun dan Australia mendedahkan bahawa kanser perut dan tulang telah berjaya dirawat dengan jayanya. Pesakit yang mengidap penyakit ini perlu mengambil setiap hari satu sudu madu bersama satu sudu teh serbuk kayu manis 3 hari sekali selama satu bulan.

✴Lemah : kajian baru-baru ini menunjukkan gula yang terkandung di dalam madu adalah sangat membantu dalam mengembalikan kekuatan badan berbanding gula buatan. masyarakat yang mengambil madu dan serbuk kayu manis dengan ratio yang sama didapati lebih peka dan flexible. Dr. Milton , yang menjalankan kajian ini , mengatakan separuh sudu besar madu yang diminum bersama segelas air yang dicampur dengan serbuk kayu manis, jika diambil setiap hari selepas gosok gigi dan tengah hari (sekitar 3 petang) - akan mengembalikan kecerdasan badan dalam masa seminggu.

✴Sukar Bernafas : penduduk di Amerika selatan berkumur dengan satu sudu madu dan serbuk kayu manis dicampur dengan air suam , sebagai rutin harian pertama pada waktu pagi , bagi membolehkan pernafasan mereka sentiasa segar sepanjang hari.


✴Kurang @ hilang pendengaran : Pagi hari dan malam - madu dan serbuk kayu manis diambil pada sukatan yang sama boleh mengembalikan pendengaran.

👉Rujukan : Dr Zulkifli Sharif

Manakah yang lebih utama Istighfar atau Bertasbih?

Tazkirah Pendek

Seorang alim ditanya :
Manakah yang lebih utama? Istighfar atau Bertasbih?

Beliau menjawab:
Pakaian yang kotor itu lebih memerlukan sabun daripada minyak wangi.

Istighfar itu ibarat sabun manakala tasbih umpama minyak wangi. Hati kita yang kotor ini lebih memerlukan sabun daripada minyak wangi .

Maka mari kita bersihkan hati kita dengan ISTIGHFAR dan kita wangikannya dengan TASBIH...

Semoga dapat kita amalkan, kita sampaikan dan kita ambil ikhtibar..

🤔Muhasabah diri dipagi hari👌

Membaca Sayyidul Istighfar

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

@16 Rejab 1438H

~Membaca Sayyidul Istighfar

Syaddad bin Aus radiallahu 'anhu meriwayatkan Nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

سَيِّدُ الِاسْتِغْفَارِ أَنْ تَقُولَ
Sayyidul Istighfar ialah engkau membaca:

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي ، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ ،
Ya Allah, engkau Tuhan ku, tiada yang layak disembah selain engkau.

خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ ،
Engkau telah menciptakan aku, dan aku hamba Mu.

وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ ،
Aku berusaha untuk memenuhi sumpah dan janji ku semampu kemampuanku.

أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ ،
Aku berlindung dengan Mu daripada kejahatan perbuatan ku.

أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ ،
Aku mengakui dengan segala nikmat Mu ke atas ku.

وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي
Aku mengakui kepada Mu tentang dosa ku.

فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ
Ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa-dosa selain Engkau.

قَالَ : وَمَنْ قَالَهَا مِنَ النَّهَارِ مُوقِنًا بِهَا فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ قَبْلَ أَنْ يُمْسِيَ ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ ، .
Sesiapa yang membacanya pada waktu siang dengan penuh keyakinan, lalu dia meninggal pada hari itu sebelum masuknya malam, maka dia adalah ahli syurga.

وَمَنْ قَالَهَا مِنَ اللَّيْلِ وَهُوَ مُوقِنٌ بِهَا فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ
Sesiapa yang membacanya pada waktu malam dengan penuh keyakinan, lalu dia meninggal sebelum masuknya waktu siang, maka dia adalah ahli syurga.

صحيح البخاري»كِتَاب الدَّعَوَاتِ»بَاب أَفْضَلِ الِاسْتِغْفَارِ

[Sahih al-Bukhari, Kitab Doa, Bab Sebaik-baik Istighfar, hadis no: 5858] ⚜

🌙44 hari  menjelang Ramadhan

Tanda-tanda Dalam Badan Anda Ada Jin

Tanda-tanda Dalam Badan Anda Ada Jin

Terkena rasukan atau gangguan jin bukan bermakna tidak kuat pegangan iman. Ia seumpama terkena pukulan kayu yang kuat dari belakang yang dilakukan oleh orang gila. Nak marah, orang yang memukul itu gila dan dia buat apa yang dia suka.

Untuk megelak perkara sedemikian berlaku, maka kita berhati-hati apabila melihat adanya orang gila. Ini di sebabkan samada gila atau tidak gila, hentakan kayu yang dibuat mereka mengenai badan kita tetap sakit dan membuatkan kita merana.

Begitulah juga dengan jin. Nas-nas sahih ada tentang kewujudan mereka. Menolak wujudnya Jin sama dengan menolak kewujudan orang gila. Jika kita berhati-hati dengan orang gila, maka kita juga perlu berhati-hati dengan jin.

Itu bukan bermakna iman tak kuat. Ia tidak ada kena mengena dengan tahap kepercayaan, ia sekadar usaha menjauhkan diri dari bahaya.


Simptom gangguan Jin

Baguslah jika anda termasuk dalam golongan yang kebal jin, tapi bagi mereka yang tidak kebal jin sila baca satu persatu simptom yang disenaraikan di bawah.

1. Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.

2. Badan terasa berat dan malas.

3. Sukar mendapat jodoh.

4. Badan terasa bisa-bisa.

5. Sakit ketika ziarah orang meninggal.

6. Sukar tidur malam.

7. Sakit pinggang tanpa sebab.

8. Sakit dada bila waktu asar keatas.

9. Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.

10. Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.

11. Bermimpi di tempat tinggi.

12. Bermimpi di tempat yang kotor.

13. Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.

14. Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.

15. Bayi kerap menangis.

16. Bunyi guli jatuh diatas syiling.

17. Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.

18. Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.

19. Malas beribadat.

20. Nyanyuk ketika usia lanjut.

21. Panas baran.

22. Sikap berubah secara mendadak.

23. Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.

24. Suka melakukan tabiat buruk.

25. Kerap sendawa bila mendengar al-quran.

26. Kerap keguguran.

27. Gagal melakukan hubungan kelamin.

28. Mengantuk bila dengar al-quran.

29. Bermimpi seram yang menakutkan.

30. Darah haid turun lebih 15 hari.

31. Batuk yang berpanjangan.

32. Selalu ditindih ketika tidur.

33. Kuat berangan.

34. Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.

35. Nafsu seksual yang melampau.

36. Selalu melihat kelibat dirumah.

37. Terasa diri selalu diperhatikan.

38. Mandul.

39. Kerap mendengar sesuatu bisikan.

40. Melihat jin secara terus.

41. Sakit mental atau gila.

Jika anda sering mengalami masalah-masalah diatas, ada kemungkinan jin menumpang duduk di dalam badan anda.

Wallahu a'lam.

#AuraFitrah99
#RawatanPerubatanIslam
#PembekalMakananSunnah

solat sunat rawatib dan lain-lain

Jarang sangat kita buat semua ni kan?
.
1. Tahajjud yang paling susah nak bangun. Masih struggle nak istiqomah yang ni. Solat sunat ni amat di tuntut, dalam al quran pun Allah ada sebut dalam surah al isra ayat 79 (boleh check)
.
Dan juga suka quotes dari imam asy shafiee yang best pasal tahajjud. “The du’a made at tahajjud is like an arrow which does not miss its target”
.
2. Taubat. Pun jarang kan kita semua buat sebab selalu perasan diri ni tak ada banyak dosa. Selalu perasan diri ni banyak pahala. Tunggu nak buat bila dah terjerumus dalam dosa, baru nak tawbah. Hurmmmm perasannya kita semua ni. Tak sedar diri banyk dosa, tapi malas nak minta ampun. Cuba fikir dan kira balik berapa kali je buat solat tawbah dalam hidup?
.

3. Duhaa. Yang ni for me, okay sikit. Memang usaha kan buat setiap hari. Masa attend class dulu, sheikh tu cakap, jangan tengok solat duhaa ni as solat untuk tambah rezeki, nak jadi kaya je (though thats one of its fadhilat) tapi buat solat duhaa ni, juga sebagai tanda syukur kepada Allah sebab bagi kesempatan untuk hidup lagi, bangun pagi dan kerja cari rezeki. He also add, all solat pun we should thank Allah all the time!
.
4. Istikharah ni femes bila nak cari jodoh je (kalau ikut adat kita). Bila time nak buat keputusan lain tak buat. Huhuhu. Lovely, my ustadzah laili, selalu remind buat istikaharah, macam hari tu tak tahu nak ambil exam bila, dia suruh buat, and make duaa to Allah. Apa-apa decision nak buat semua buat istikaharah. Macam nak start buat business, tapi tak tahu nak buat business apa, nak gi kerja kat syarikat mana. Semua buat lah istikaharah. Jangan tang jodoh jer.
.

5. Nawafil (solat sunat rawatib) — copy ni dari google sebab i cant find my note book. But this is also the same mafhum hadith sh yawar taught me at LEC. If salah tolong betulkan. “If any Muslim servant (of Allah) prays for the sake of Allah twelve rakaah every day, over and above the obligatory ones, Allah will build for him a house in Paradise, or a house will be built for him in Paradise”

Dari instagram dakwah sentap